Pelancaran Buku Indahnya Hidup Bersyariat Bahasa Jepun

Berita

Pelupusan kalam suci umat Islam.

@myperjelas Alhamdulillah, Kami dari pihak Perjelas Malaysia sangat sangat berterima kasih kepada sahabat semua. Mana nak jemput kami lagi boleh DM kami ya. #lupus #masjid #surau #sahabat #prihatin ♬ original sound – STUDIO PerJelas Malaysia.

Program Pelupusan Kalam Suci Umat Islam di Masjid Nurul Iman, Rawang

Rawang, 25 Julai 2025 – Perjelas Malaysia dengan kerjasama Masjid Nurul Iman Rawang, Gombak telah menganjurkan Program Khidmat Pelupusan Kalam Suci Umat Islam sebagai salah satu usaha memuliakan teks-teks Al-Quran dan bahan bercetak yang mengandungi ayat-ayat suci.

Program yang berlangsung selepas solat Jumaat ini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir bagi menyerahkan naskhah-naskhah Al-Quran, buku agama, dan bahan bercetak lama yang tidak lagi digunakan untuk dilupuskan dengan cara yang tertib dan beradab menurut garis panduan syariah.

Perjelas Malaysia turut membuka booth Hibah Al-Quran sebagai platform infak naskhah Al-Quran baharu kepada masjid, surau dan institusi yang memerlukan. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh budaya ilmu dan kesedaran dalam penjagaan mushaf, malah menjadi medan dakwah yang mendidik masyarakat tentang adab terhadap kalam Allah SWT.

Program ini merupakan sebahagian daripada kempen nasional Pelupusan Kalam Suci yang digerakkan Perjelas Malaysia di seluruh negara, menekankan pentingnya menjaga maruah dan kesucian teks-teks agama daripada disalah urus atau dibuang secara tidak wajar.

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan dalam siri program akan datang, orang ramai boleh mengikuti Perjelas Malaysia di media sosial atau layari laman web rasmi perjelas.org.

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *